Berhati-Hati Di Jalan Raya, Sofia Jane Bagi Nasihat Khas Buat ‘Rider’

Hiburan

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Sofia Jane Bagi Nasihat Khas Buat ‘Rider’

Pelakon jelita pujaan ramai, Datin Sofia Jane baru-baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat para ‘rider’ atau penghantar makanan di luar sana agar lebih berhati-hati di jalan raya apabila keluar mencari rezeki.

Teguran tersebut dibuat khas Sofia Jane menerusi beberapa hantaran twit di media sosial Twitter miliknya untuk pedoman para peminat.

Advertisement
Sofia JaneSumber : Twitter Sofia Jane  

“Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut.”

Ujar Sofia lagi, dia juga kurang senang dengan sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki. Baginya, pengguna jalan raya sepatutnya memperlahankan kenderaan di kawasan pejalan kaki dan juga kawasan perumahan.

 

Twitter Sofia JaneSumber : Twitter Sofia Jane  

Jarang nak dengar pelakon senior seperti Sofia Jane tampil memberi nasihat seperti itu. Pastinya sudah keterlaluan sehinggakan diberi teguran sedemikian.

Apa-apapun, teguran pelakon filem Sayang Salmah itu harus diambil iktibar memandangkan terlalu ramai orang tidak kiralah penghantar makanan ataupun bukan sering saja melanggar peraturan di atas jalan raya.

4 years ago

Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...