Bergurau Kasar : Nabil Ahmad Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Bergurau Kasar : Nabil Ahmad Tampil Mohon Maaf

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan gurauan terlampau beliau ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 4.

Advertisement

Nabil akui beliau juga ditegur pihak Astro berhubung isu tersebut dan sudah mengurangkan gurauan kasar pada konsert GV4 minggu lalu.

Ya, mereka ada menegur saya. Maafkan saya jika ada yang terasa hati lagi. Tetapi, saya sudah sedaya upaya mengurangkan kata-kata atau gurauan kasar yang mungkin menyakitkan hati mana-mana pihak.

Terdahulu, aksi Nabil  yang memegang bahagian leher Hazami ketika juri sedang memberikan komen dikecam netizen yang menyifatkan tindakan Nabil itu sangat biadap dan tidak profesional sebagai pengacara.  Selepas itu, Chef Wan secara terbuka ada menegur gaya pengacaraan Nabil  dan Jihan Muse. Chef Wan berpendapat lawak lucah yang dilakukan agak keterlaluan.  Mereka juga seharusnya menghormati tetamu dan tidak terlalu merapu ataupun mengaibkan orang lain ketika mengacara.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...