July 7th, 2014

Hari ini Abang Nara ingin berkongsikan sedikit informasi mengenai pakaian muslimah dengan anda semua. Kebiasannya orang menganggap memakai pakaian muslimah adalah tidak mengikuti trend semasa dan membuatkan diri kita nampak lebih tua. Malah ada segelintir kaum Adam menganggap kaum Hawa yang mengenakan pakaian muslimah sebagai mereka yang kolot dan tidak mengikuti fesyen terkini. Namun sekarang ini, pakaian muslimah semakin mendapat tempat di kalangan kaum Hawa dan mampu menyerlahkan kejelitaan seseorang.

felixia yeap

Kalau zaman mak ayah kita, memang tak banyak pilihan untuk pakaian muslimah. Yang ada pun cuma jubah je. Itu yang kalau kita tengok gambar mak kita masa muda-muda, kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada. Namun untuk generasi kita, semakin banyak pilihan yang ada untuk pakaian muslimah sampai boleh kelabu mata dibuatnya. Kesemuanya cantik-cantik dan menepati syariat.

felixia yeapNamun dengan lambakan pakaian muslimah di pasaran sekarang ini, kita harus lebih berhati-hati apabila memilih pakaian yang mahu digayakan agar ia menepati garis panduan yang telah disediakan oleh Islam. Antaranya ialah:-

1. Jangan berpakaian ketat, longgarkan pakaian anda. Nanti timbul fitnah pada agama dan jadi bahan tatapan pada tempat-tempat tertentu pulak yang tu yang tak elok
2. Labuhkan shawl atau hijab (kena tutup dada ya).
3. Ikhlaskan hati mu kerana Allah – buat kerana ingin menutup aurat dan bukannya nak tarik perhatian orang lain.

Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana Felixia Yeap atau Raisyyah Rania menggayakan pakaian muslimahnya:-

felixia yeap

Longgar, tidak menampakkan bentuk badan namun masih tetap menyerlahkan kejelitaan Felixia Yeap. Cantik bukan pakaian muslimah serba merah ini? Red Long Cardigan berharga RM34.00 dan Palazzo pula pada harga RM32.00.

felixia yeap

Jubah berwarna pink dipadankan dengan beg berwarna pink memang akan menyerlah lagi keayuan mana-mana wanita yang memakainya. Beg tangan pada harga RM21.20 dan jubah pink pula berharga RM58.90 sahaja.

felixia yeap

Double-toned jubah ini menggunakan konsep 2 warna yang sepadan dengan rekaan lace pada hujungnya. Pasti akan membuatkan anda terasa seperti seorang puteri apabila menggayakannya. Harganya? Murah je. Hanya RM39.90 sahaja.

felixia yeap

Mengambil inspirasi daripada kecantikan burung merak, bahagian tengah pakaian muslimah ini adalah daya penarik utama yang pastinya akan menambahkan kejelitaan si pemakainya. Anda boleh mendapatkan pada harga RM39.90.

felixia yeap

Baju Muslimah Berlin Maxi Set ini pula hadir bahagian atas yang longgar dengan warna serta corak yang menarik. Kesemuanya hanya RM42.00 sahaja. Murah tetapi cantik kan?

Sebenarnya jika kita pandai memilih, bergaya sebagai seorang muslimah bukanlah satu perkara yang mahal. Bersempena dengan raya yang bakal hadir, nile.com.my Malaysia Online Shopping kini menawarkan pelbagai reka bentuk pakaian muslimah seperti tudung, jubah dan juga muslimah dress pada harga yang sangat-sangat berbaloi.

felixia yeapDan anda juga akan layak menerima penghantaran PERCUMA dengan setiap pembelian minimum bernilai RM48 di nile.com.my. Lebih maklumat mengenai penghantaran PERCUMA ini boleh dibaca di sini. Nak bergaya dengan baju muslimah? Tapi tak nak mahal? Kunjungilah nile.com.my sekarang! Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadat Puasa.
What’s More….

 


Comments are closed.

Loading...