Bergambar Dengan Peminat Tak Pakai Pelitup Muka, Iman Troye Didakwa Tak Ikut SOP Di Langkawi

Hiburan

Bergambar Dengan Peminat Tak Pakai Pelitup Muka, Iman Troye Didakwa Tak Ikut SOP Di Langkawi

Penyanyi muda yang namanya sedang meningkat naik, Iman Troye didakwa tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di Langkawi dipercayai membuat persembahan untuk sebuah majlis.

Difahamkan, Iman telah dihampiri beberapa peminatnya di lokasi panas penyebaran virus COVID-19 itu dan dilihat telah bergambar tanpa memakai pelitup muka.

Advertisement

Ianya telah menarik perhatian netizen kerana bukan saja perbuatan itu telah melanggar SOP tetapi lokasi Iman berada itu yang menjadi kebimbangkan kerana ianya destinasi utama penularan virus COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, sebuah media hiburan telah tampil mendapatkan respon daripada pihak pengurusan Iman Troye berhubung dengan isu tersebut.

Iman Troye langgar SOP

Menurut XO House, majlis yang dihadiri Iman telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ketika ini. Namun situasi yang tular seperti yang ditunjukkan dalam gambar itu didakwa hanya berlaku selama beberapa saat dan berada dalam keadaan terkawal.

“Acara itu memang ikut SOP sepanjang berlangsung. Namun tak dapat dinafikan ada beberapa ketika, peminat yang datang mengambil gambar dna membuka pelitup muka.”

Tambah Adib selaku wakil XO House, Iman kemudian naik ke pentas untuk mengelakkan keadaan tidak terkawal dan dikelilingi peminat.

Dalam pada itu, wakil pengurusan penyanyi lagu Teman ini sempat berterima kasih kepada orang ramai yang peka dengan situasi tersebut dan berharap orang ramai di luar sana tidak memperbesarkan isu tersebut.

Difahamkan juga video tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram Iman Troye.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.Com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...