Berdepan Peraturan SOP COVID-19 Tidak Menentu, Altimet Penat Tanggung Kerugian Bisnes

Hiburan

Berdepan Peraturan SOP COVID-19 Tidak Menentu, Altimet Penat Tanggung Kerugian Bisnes

Sudah hampir lebih setahun negara berusaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam komuniti namun tidak menampakkan perubahan berikutan kes yang semakin meningkat sejak dari ke hari.

Pastinya ramai rakyat terutama yang berpendapatan rendah berasa terjejas dari segi pendapatan, tidak kurang juga daripada golongan artis dan selebriti.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Penyanyi rap terkenal, Altimet juga mengakui sudah berasa sangat penat dan letih berdepan dengan keadaan COVID-19 yang membimbangkan kini.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut meluahkan rasa bimbang dan simpati dengan perkembangan sosial anak-anaknya yang tidak dapat ke sekolah serta keadaan perniagaannya yang terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

“Aku penat nak beritahu kat anak aku fasal virus ni, musuh yang tak dapat dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dia dan kawan-kawan dia. Aku kesiankan anak-anak kau sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut akibat tak pergi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku..”

Perkara tersebut dikongsikan Altimet menerusi sebuah hantaran di Instagram dan ianya turut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memahami apa yang dirasakan pelantun lagu Bunga ini.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Meskipun berasa penat dengan apa yang berlaku pada ketika ini, Altimet berkata dia dan keluarga tetap akan mengikut saranan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Aku harap orang atasa tahu yang aku ni kepenatan. Aku harap orang atasa tahu, bukan aku seorang yang kepenatan. Tapi kami tetap ikut saranan dan SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah.” tulisnya lagi di hantaran media sosial tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...