Perkembangan konflik rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan suami, Izham Tarmizi sudah lama dinantikan. Apa yang terjadi selepas timbulnya pelbagai spekulasi termasuk tuduhan mengatakan Izham berlaku curang terhadap isterinya itu.
Terbaru, segala persoalan peminat sudah terjawab setelah melihat pasangan ini bercuti di Tokyo, Jepun bersama cahaya mata tersayang, Safy Issa.
Mereka menyangkakan pasangan ini sudah berbaik semula dan mendoakan agar rumah tangga Mia dan Izham kembali bahagia serta berkekalan sehingga ke syurga.
Dugaan berumahtangga, suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh mahupun dilanda pelbagai dugaan menguji kesetiaan serta kasih sayang. Namun, cuba untuk memperbaiki masalah yang dihadapi secara baik dan jangan pernah putus asa mempertahankan mahligai yang dibina.