Bercinta Sepuluh Bulan Dengan Gadis Cantik, Rupanya Si Gadis Tidak Wujud!

Trending

Bercinta Sepuluh Bulan Dengan Gadis Cantik, Rupanya Si Gadis Tidak Wujud!

Sebelum ini penulis pernah berkongsi mengenai lima kes catfish yang menggemparkan Malaysia. Tahukah anda apa maksud catfish? Bagi mereka yang tidak tahu, ‘catfish’ ialah satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada satu watak yang direka seseorang untuk berinteraksi di media sosial bagi menipu. Ini bermakna, watak ini berinteraksi dengan individu lain sambil menggunakan gambar dan latar belakang palsu untuk memperdaya mangsa, untuk apa-apa tujuan sekalipun.
CatfishAN

Walaupun sudah beberapa kali penulis membangkitkan mengenai isu ini, masih ada yang tertipu dengan personaliti Internet yang menggunakan gambar gadis cantik. Terbaru hangat diperkatakan di Twitter ialah mengenai seorang pelajar yang menjalinkan hubungan selama 10 bulan dengan seorang gadis tetapi rupanya gadis itu tidak wujud. Ikuti kisahnya:

Advertisement


15

16

17

18

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

Hasil siasatan Netizen mendapati gambar yang digunakan oleh Fildza Iman sebenarnya dicuri dari akaun Instagram milik seorang pengguna Twitter bernama @fatihaaisya. Sehubungan itu, Fatiha memberitahu akan membuat laporan polis berhubung tindakan penyamar itu menipu orang lain menggunakan gambarnya.

Sementara itu si penyamar telah meminta maaf sambil mengugut akan menyebarkan gambar mangsa yang ditipu sekiranya tidak memadam tweets mengenai dirinya.


Apa yang lebih menarik, Fildza Iman yang sebenarnya telah tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak kena mengena dengan kes itu tetapi mengenali dalangnya.

 



Sebenarnya mengapa perkara seperti ini berlaku? Ada yang berpendapat, mangsa tidak mungkin akan ditipu jika dia bukan seseorang yang memandang rupa.

Dan pemangsa pula sepatutnya mempunyai keyakinan diri, jadi diri sendiri, guna personaliti sendiri, bukan menyamar untuk mendapatkan perhatian orang lain.

Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan, boleh hubungi penulis bila-bila masa melalui Facebook atau Twitter BeautifulNara untuk panduan mengurangkan berat badan. Iyalah, sampai bila nak tipu orang? Nanti jadi ketagih dan tak berhenti-henti seperti seorang penulis skrip filem/drama yang penulis tidak akan namakan di sini. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...