Berat Badan Turun Mendadak, Sherry Ibrahim Nafi Jatuh Sakit

Hiburan

Berat Badan Turun Mendadak, Sherry Ibrahim Nafi Jatuh Sakit

Pelakon jelita, Sherry Ibrahim menafikan bahawa dia kini sedang jatuh sakit meskipun berat badannya mengalami penurunan sebanyak beberapa kilogram sejak kebelakangan ini.

Sherry Ibrahim
3 years ago

"Saya Memang Pantang Orang Tak Pandai Hormat Orang Tua Ni" - Sherry Ibrahim

Advertisement

Dia yang kini aktif menjalankan aktiviti perusahaan salun rambut itu berkata bahawa berat badannya susut kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaannya itu sejak dibenarkan kembali beroperasi bermula 16 Ogos lalu.

Namun begitu, dia tidak menafikan bahawa terdapat gejala kurang selera makan sekaligus menjadikan dia lebih kurus berbanding sebelum ini.

Saya baik-baik saja. Benar saya kehilangan beberapa kilogram berat badan sebab sejak akhir-akhir ini saya tidak ada selera makan. Nak berehat pun tidak cukup masa tambahan pula saya tidak mempunyai cuti walaupun sehari sejak salun dibenarkan kembali beroperasi.

Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim,38, menjelaskan bahawa dia berasa bersyukur kerana perniagaan salun rambut miliknya yang terletak di Publika Shopping Gallery Kuala Lumpur telah boleh mula beroperasi meskipun sangat penat menguruskannya.

Dia dalam pada itu turut tertanya-tanya mengenai munculnya dakwaan dirinya jatuh sakit sehingga menerima banyak pertanyaan daripada peminat dan juga rakan artis.

Sementara itu, pelakon drama Teduhan Kasih ini sempat menitipkan doa buat mereka yang dilanda kesulitan sepanjang pandemik agar terus berdoa dan dipermudahkan segala urusan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...