“Beranak Swasta Suami Bayarkan..” – Wanita Tak Tahan Menanggung Perangai Adik Ipar Dari ‘Neraka’

Kehidupan

“Beranak Swasta Suami Bayarkan..” – Wanita Tak Tahan Menanggung Perangai Adik Ipar Dari ‘Neraka’

Adat berumah tangga, pastinya ingin hidup bahagia sehingga ke akhir hayat tanpa memikirkan anasir-anasir jahat yang mengganggu seperti kehadiran orang ketiga dan seumpamanya.

Namun, bagi wanita ini, dugaan rumah tangga yang dihadapinya bukanlah daripada orang ketiga tetapi adik iparnya sendiri.

Advertisement

Cerita wanita itu, suaminya yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik itu didakwa terlalu prihatin dan menjaga kebajikan adik beradiknya yang lain.

Katanya, adik iparnya itu terlebih ‘manja’ kerana meminta perkahwinan ditaja sehingga kos untuk melahirkan anak juga ingin ditanggung oleh suaminya itu.

Tiba masa dia bersalin, dia pergi juga ke hospital swasta, kemudian di hubungi suami aku, menangis-nangis minta bayarkan bil.

Beberapa hari selepas itu, tiba-tiba dia dengan suami dan anaknya datang ke rumah aku sebab nak berpantang. Katanya ada pendingin hawa, baby tak boleh panas.

Malah, suaminya terpaksa mengupah bidan berpantang untuk menjaga serta memasak untuk adiknya.

 

TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon berbeza terhadap isu itu.

Kata sesetengah netizen, wanita itu tidak perlu merungut kerana si abang sendiri yang sanggup berbelanja untuk adiknya.

Aku rasa suami kau okay nak belanja adik kau, kau yang panas bontot cemburu? Perkara ni selagi suami kau tak tegur directly adik dia, aku anggap suami kau okay.

Ada juga menganggap sekiranya nafkah wanita itu diberi dengan cukup, dia tidak sepatutnya mengeluh apatah lagi jika si suami sendiri menawarkan diri untuk membantu adik beradiknya yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktok
1 bulan lalu

(VIDEO) "Macam Bagi Ikan Makan" - Individu Buat TikTok Campak Duit RM1k Di 'Mall', Netizen Kecam Tak Hormat Rezeki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Jill

    December 8, 2022 at 9:46 pm

    Kalau aku, ajaklah suami tu migrate pegi negara lain. Aman hidup

  2. Anonymous

    December 8, 2022 at 4:26 pm

    adik kandung aku sndr mcm ni. dh tahu suami x mampu, tp serba serbi nk nampak gempak. berjalan nk pinjam kereta org, nk harap org byrkan penginapan bla bla. then taktik dia, dia ajak laa kitorg jalan sama2, so nnti dia bleh menyelit. nk muhibbah dan bersilaturrahim ngn adik badik katanya. tp taste nk bersilaturrahim tu x agak2.

  3. Anonymous

    December 8, 2022 at 12:57 pm

    aku baca tweet confessor ni aku plak yang panas.. kalau aku jadi confessor ni, lama dah aku maki depan2.. nasib baik mak mertua dia faham,, biasalah orang tua, dah x larat nak marah2 anak2 lagi.. tapi si laki confessor ni kena la tegas jugak, ni bior je adik2 pijak kepala, ambik kesempatan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini