Bengang Dihantar Pelesit, Caprice Tawar RM30,000 Tangkap Bomoh

Hiburan

Bengang Dihantar Pelesit, Caprice Tawar RM30,000 Tangkap Bomoh

Penyanyi rap Caprice dikenali sebagai seorang yang lantang memberikan komen dan pandangannya berkaitan isu semasa yang hangat diperkatakan. Bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan mungkin tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh Caprice.

caprice pelesit

Advertisement

Menerusi perkongsian terbaru Caprice di Instagram, dia berkongsi sebuah video yang mengejutkan netizen.

Caprice mengesyaki dia menjadi sasaran sihir selepas satu objek misteri ditemui di hadapan keretanya. Menurut Caprice, ketika itu dia baru saja pulang dari menonton wayang dan terkejut menemui seekor pelesit telah mati seperti terbakar bersama beberapa helaian rambut keluar dari badan pelesit tersebut.

caprice disihir pelesit

Bengang dengan apa yang berlaku, Caprice telah menawarkan RM 30,000 sebagai ganjaran buat sesiapa sahaja yang berjaya mencari dalang disebalik kejadian tersebut termasuklah, identiti bomoh dan orang yang mengupah bomoh tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan Caprice dalam keadaan baik-baik sahaja selain mencadangkan penyanyi itu untuk segera berubat.

caprice tawar rm30k tangkap bomohcaprice pelesitcapriceWalaupun zaman sudah moden, kita harus percaya sihir dan makhluk halus itu ada. Semuanya kerana perasaan hasad dengki manusia. Apa-apa pun, kami doakan agar Caprice terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...