Benarkan Hayla Ceburi Bidang Lakonan, Wawa Zainal Tidak Manjakan Anak Dengan Wang Ringgit

Hiburan

Benarkan Hayla Ceburi Bidang Lakonan, Wawa Zainal Tidak Manjakan Anak Dengan Wang Ringgit

Pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal tampil menafikan dakwaan bahawa dia sering memanjakan anak-anaknya dengan limpahan wang ringgit.

wawa zainal mengandung
3 years ago

(TAHNIAH) Hamil 6 Bulan, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Ke-4

Advertisement

Ujar Wawa, jikalau anak-anaknya itu ingin mendapatkan wang lebih, mereka perlulah bekerja keras untuk memperolehinya dengan usaha sendiri.

Sehubungan dengan itu, Wawa dan suami, pelakon Aeril Zafrel khabarnya telah memberi ‘lampu hijau’ kepada anak perempuan mereka iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiya untuk menceburi bidang lakonan kelak.

Kami (Wawa dan Aeril) tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak sesuatu nak beli itu ini, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang dapat segalanya. Kalau dia nak, dalam sebulan saya akan bagi peruntukan RM100.

Walau bagaimanapun, kata Wawa, projek lakonan sulung anaknya itu masih belum muktamad kerana memikirkan bakat Hayla perlulah diasah terlebih dahulu.

Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terfikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau cakap pergilah berlakon nanti bagi nenek duit sikit, bergurau macam tu. Dia dah terbiasa dengan ayat tu jadi saya dan suami benarkan hasratnya itu.

Terdahulu, Wawa menerusi sebuah hantaran Instagram ada memaklumkan bahawa Hayla,6, akan terlibat dalam satu projek drama di mana dia akan bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Syukri Yahaya, Nabila Huda serta ramai lagi.

Pelakon filem Sabda Kekasih ini juga mendedahkan bahawa Hayla juga sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran kerana ingin membeli aksesori permainan Toca Boca.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...