Belum Pernah ke China? Anda Pasti Terkejut Dengan Keunikan Bandar-Bandar ini.

Hiburan

Belum Pernah ke China? Anda Pasti Terkejut Dengan Keunikan Bandar-Bandar ini.

Jika bercakap tentang negara China, anda pasti terfikir tentang industri kain atau perniagaan borong yang besar. Mungkin juga anda akan teringat tentang filem aksi kungfu mereka yang sangat popular tu kan?

image

Advertisement

Sebenarnya China lebih dari itu!

Mereka kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan juga makanan yang pasti membuat anda teruja untuk menyelami setiap keunikan yang ada. Pastikan berkunjung ke Tanah Besar China menjadi salah satu senarai dalam bucket list anda.

image

Kami akan kongsikan 2 destinasi yang mungkin kurang popular di kalangan pelancong tetapi sebenarnya menyimpan seribu keindahan tersendiri yang sangat menarik dan pasti membuat anda teruja.

Shantou

image

Bandar yang terletak berhampiran pantai dan pernah menjadi salah satu daripada bandar paling penting malah terbesar di China kerana pelabuhannya yang luas dan mudah diakses oleh pedagang di seluruh dunia pada abad ke 19.

Shantou menjanjikan ganjaran lumayan untuk sesiapa yang berkunjung ke sini, antara keunikan yang ditawarkan ialah Kung fu tea. Apa tu Kung Fu tea?

image

Kung fu tea ialah cara penyediaan teh secara tradisional dan cara ini mula diperkenalkan di Shantou dan Chaozhou suatu masa dahulu. ‘Kung fu’ bermaksud kemahiran hebat untuk menyediakan teh tradisional cina ini dan merupakan gabungan seni, kualiti serta latar belakang masyarakat negara ini.

Jadi, apa perkara menarik yang anda boleh lakukan di Shantou?

Bergambar di Guanji Bridge

image

Jambatan Guanji atau xiangzi bridge ialah satu jambatan lama yang dibina merentasi Sungai Han. Satu peninggalan budaya yang berada dibawah perlindungan kerajaan China, jambatan ini merupakan jambatan terapung pertama di dunia yang boleh dibuka dan ditutup.

Sebahagian daripada Jambatan Guangji disokong oleh 18 bot terapung, yang boleh dialihkan untuk laluan kapal dan bot.

Saiznya yang besar sepanjang 517.95 meter, mempunyai 24 jeti dan sekarang hanya bahagian tengah jambatan sahaja yang boleh dibuka. Senibina tradisional cina menjadi tarikan utama jambatan ini.

Menyusuri waktu di Tulou

image

Kira-kira empat jam perjalanan dari Shantou, di daerah Yong Ding, anda akan sampai ke satu destinasi yang akan membawa anda merasai suasana seperti kembali ke zaman silam.

Apa yang menariknya di daerah ini ialah wujud satu perkampungan lama yang digelar Tulou oleh masyarakat tempatan.

Tanah lapang yang menempatkan banyak keluarga, dan bentuk perkampungan itu dibina bulat, segi empat tepat, bujur atau heksagon dalam pusingan 360 darjah. Rumah-rumah disitu di perbuat daripada tanah liat malah Hakka Tulou juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia.

Bersantai di Pantai Beishanwan

image

Beishanwan adalah salah satu pantai yang paling popular di Shantou dan sering dipenuhi oleh ramai orang ramai untuk berkelah dan beriadah. Pantai ini menawarkan pemandangan indah Laut China Selatan, terutamanya ketika waktu matahari terbit.

Kawasan ini sangat popular untuk melakukan aktiviti sukan air seperti parasailing, jetski, atau kapal layar.

Kunming

Ibu kota dan bandar terbesar di Yunan, di kenali sebagai ‘Bandar Musim Bunga’ kerana cuacanya yang menyenangkan dan bunga tumbuh mekar sepanjang tahun di sini.

Merupakan hab pengangkutan barat daya China, bandar ini berperanan penting untuk menghubungkan Asia Tenggara dan China.

Jom kita lihat apa yang Kunming boleh sajikan kepada anda.

Jelajahi Keunikan Hutan Batu

image

Berjalan menyusuri Stone Forest ini, pengunjung akan mengagumi landskap unik dengan batu kapur semula jadi yang sangat menarik serta menakjubkan. Dikenali sebagai ‘Wonder of The World’, Stone Forest merupakan satu tarikan paling penting di Kunming dan lawatan anda ke Kunming tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke sini.

Terpesona dengan Keindahan Jade Dragon Snow Mountain

image

Terletak di glasier selatan di Hemisfera Utara, Jade Dragon Snow Mountain (Gunung Yulong) terdiri daripada 13 puncak dan Shanzidou adalah yang tertinggi dengan ketinggian 5,600 meter. Jika dilihat dari Old Town Lijiang, gunung ini diliputi salji dan kabus yang menyerupai naga jed di awan.

Jade Dragon Snow Mountain ini dikelilingi dengan beberapa lokasi yang wajib anda lawati untuk melengkapkan pengembaraan di sini seperti Lembah Blue Moon, Glacier Park, Dataran Tinggi Spruce, Ganhaizi, dan Baisha Mural.

Jatuh Cinta dengan Dongchuan Red Land Park

image

Terletak di bandar Hongtudi (Red Land) 40 kilometer barat daya bandar Kunming dan dikenali sebagai “batu bunga”. Antara momentum tanah merah paling megah di dunia selain di Rio de Janeiro, Brazil. Cuaca yang sejuk dan hujan yang banyak turun di kawasan ini menjadikan lokasi ini bertambah menarik dengan pelbagai ton warna merah yang menawan menghiasi bukit-bukau. Mungkin Dongchun Red Land Park bukan tempat tumpuan pelancong yang popular tetapi disini lah syurga untuk pencinta fotografi merakamkan keindahan alam semulajadi.

Terpesona dengan keindahan ‘tersembunyi’ di China ini? Anda boleh pilih untuk ke salah satu destinasi diatas dengan tambang serendah dari RM 199 ke Kunming dan serendah RM219 ke Shantou dengan AirAsia. Tempoh penerbangan sah sehingga 31 Januari 2019.

Mulakan eksplorasi anda dan tempah sekarang di www.airasia.com.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...