Belum Kembali Ramping Selepas Bersalin : Adira Pasrah Andainya Datuk Red Berubah Hati

Hiburan

Belum Kembali Ramping Selepas Bersalin : Adira Pasrah Andainya Datuk Red Berubah Hati

Sudah lebih 3 bulan penyanyi Adira Suhaimi melahirkan anak perempuan sulungnya bersama Datuk Red, namun beliau akui walaupun berat badannya sudah menyusut  sehingga 25 kilogram beliau masih belum kembali ke bentuk asalnya yang lebih ramping.  Adira pasrah andai penampilan beliau kini membuatkan suaminya berubah hati.

Advertisement

Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu. Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu. Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan.

Ditanya perasaan Datuk Red selepas kelahiran Anggrek, Adira berkata  suaminya itu sememangnya menyayangi kesemua anaknya.

Saya pun tidak tahu perasaan dia kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja. Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama.

Tiada yang berbeza dengan yang di sana dan di sini. Secara jujur kami tiada masalah. Kami baik-baik saja.

Pada masa yang sama, Adira memberitahu beliau tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Kredit Foto : Image Store

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...