Gara-gara berkongsi foto berat badan beliau yang naik mendadak, peminat Anzalna Nasir menyangka beliau kini sudah hamil selepas lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Anzalna menafikan berita tersebut tetapi pada masa yang sama mengakui ada merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Beliau menganggap setiap kata-kata peminat adalah doa buat dirinya.
Spekulasi timbul apabila saya memuat naik foto yang menunjukkan berat badan saya naik di laman Instagram. Ramai pihak yang anggap saya kini sedang berbadan dua. Tetapi sebenarnya berat badan saya naik kerana saya sedang gembira dengan kehidupan sekarang.
Saya menganggap kata-kata peminat sebagai doa. Saya bersyukur kerana ramai yang mahu menantikan cahaya mata saya dan suami.
Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat mereka sendiri bukan? InshaAllah berkat doa peminat dan beserta dengan usaha Anzalna pasti beliau dan suami akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.