Written by Bella | June 6th, 2018

Sudah tiga tahun putus cinta bersama Fathia Latiff, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza tidak pernah terpalit dengan sebarang gosip beliau sedang menjalin hubungan dengan mana-mana perempuan. Peminat tertanya, adakah Aiman masih lagi terluka akibat kisah cinta lalu.

Hidup saya okay saja sekarang. Saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku cuma malas nak fikir soal cinta ketika ini. Saya dan Fathia masih berkawan tetapi hubungan kami sekadar teman biasa saja. Kami masih berhubung cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

Dalam pada itu, Aiman enggan memberikan sebarang komen mengenai segala kontroversi yang dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu sejak kebelakangan ini. Buat Aiman, beliau tidak mahu mencampuri  urusan orang lain apatah lagi ia tidak berkaitan dengan dirinya.

Saya ada dengar beberapa isu dikaitkan dengannya tetapi tidak mahu ambil tahu kerana tiada kaitan. Gosip perkara yang negatif. Saya mahu menerapkan nilai positif dalam diri serta fokus kepada diri dan kerjaya.

Bukan mudah untuk cari teman istimewa, mungkin Aiman lebih selesa untuk bersendiri. Bercinta ini kena ada komitmen juga dan bukannya mudah untuk mencipta kebahagiaan.  Apa-apa pun, bagus juga beliau masih berbaik dan berhubungan dengan Fathia meskipun percintaan mereka putus di tengah jalan, tidak ramai yang boleh begitu dengan bekas kekasih mereka.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Belum Fikir Mahu Cari Teman Wanita Lagi Selepas Putus Cinta Dengan Fathia – Aiman Hakim Ridza

  1. Kak Mah says:

    Aiman dengan Fathia ni sesuai sangat. Dulu Aiman punya sayang fathia sampai ikut ke qatar dan istanbul sebab cemburu fathia berlakon dengan lelaki lain. Kalau diorang berbaik semula mungkin sudah lebih matang pemikiran.

    10

    1
    • Anonymous says:

      Padan la muka fathia. Sekarang bukan Aiman je tak hingin, lelaki yg lagi cikai dari Aiman pun tak hingin. Sekarang Aiman tak sesuai dgn Fathia kerana fathia terlalu cikai sekarang, tak nampak lawa, dan nampak sememeh dan personaliti sangatlah tidak menarik. Tunggu je la lelaki tua atau terdesak nak ngorat nnti amek je la fathia drpd duduk seorng2 kang bertambah bengap otak.

      7

      2
  2. aku tetap aku says:

    muka mcm tak mandi je..

    3

    0
  3. 777777 says:

    BEAUTIFULNARA OIIIII PUAS AKU SCROLL KE BAWAH SEBAB GIGIH NAK COMMENT. SEKARANG NI DAH TAKDA MOOD NAK COMMENT, NAK COMPLAINT JE.. APASAL IKLAN MELAMPAU SAMPAI SCROLLL OVERDOSE?

    32

    0
  4. FathyPLu says:

    Aiman ok je dgn i.. ?

    0

    0
  5. J says:

    Nara iklan too much, annoying, please teach how to remove.

    6

    0
  6. J says:

    iklan too much,

    1

    0
  7. fishball says:

    MARRY ME!

    0

    0

Leave a Reply to Anonymous - Cancel

Optional