Bella Astillah Tidak Cemburu Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Seksi

Hiburan

Bella Astillah Tidak Cemburu Aliff Aziz Bergambar Dengan Wanita Seksi

Baru sahaja netizen tersentuh melihat video Aliff Aziz sebak dan menangis teresak-esak menginsafi segala kesilapan lalunya ketika bertemu empat mata dengan Ustaz Ebit Lew, kini penyanyi itu dikatakan sudah ‘move on’ dan mula memuat naik foto bersama wanita lain.

Advertisement

Mula lah, ada pihak yang bertanyakan soal itu kepada Bella Astillah, mengirim foto tersebut kepadanya memandangkan Aliff sebelum ini berkali-kali memujuk mahu merujuk semula dengannya.

Bagaimanapun, Bella sedikit pun tidak terkesan dengan gambar berkenaan, tiada sebarang perasaan cemburu.

Saya tak kisah pun. Anda semua sudah tahu yang kami sudah tak ada kena mengena. Ramai yang menghantar mesej peribadi di Instagram dan cuba ‘bakar’ saya dengan gambar Aliff itu, tapi saya tak kisah pun.

Jadi apa-apa yang Alif buat adalah untuk diri dia. Saya pun ada di Malaysia dan dia di Singapura. Jadi saya okay saja.

Aliff sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila memuat naik foto dirinya bergambar mesra dan rapat dengan gadis dikenali sebagai Tika Sheikh. Rata-rata netizen mula spekulasi  Aliff sudah bertemu pengganti.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...