Bella Astillah Mahu “Move On” Dari Kontroversi Bersama Afifah Nasir

Hiburan

Bella Astillah Mahu “Move On” Dari Kontroversi Bersama Afifah Nasir

Baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz ada menyelar kenyataan Afifah Nasir yang kononnya sudah berbaik dengan isterinya Bella Astillah, Aliff dalam nada marah meminta agar Afifah berhenti menipu semua orang dan berdiam diri sekiranya tiada benda baik yang hendak diperkatakan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Bella menerusi portal mStar Online memberitahu beliau tidak mengetahui punca suaminya itu berang dan memuat naik status di akaun Instagramnya.

Saya tak tahu apa punca dia menulis status itu, tapi daripada bahasa yang digunakan Alif seperti sangat marah. Saya tidak bertanya lanjut tentang hal itu kerana tak mahu memanjangkan cerita. Apa sebab membuatkan dia marah, alasan itu ada pada dia.

Bella menegaskan beliau sudah mahu meneruskan kehidupannya dan enggan lagi dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini bersama Afifah. Fokus Bella hanya kepada keluarganya.

Saya dah move on dan tak nak panjangkan lagi kisah itu. Malah, saya tak nak tahu apa-apa hal berkaitan pihak sana. Sekarang ini saya hanya mahu fokus dengan keluarga sahaja. Tak nak fikir lagi tentang benda lepas.

Terdahulu, kecoh dengan kontroversi Aliff kantoi berdua-duaan dengan Afifah di sebuah pusat karaoke. Bella yang baru melahirkan anak mereka dan sedang dalam tempoh berpantang cedera di muka dan lutut akibat dibaling telefon oleh Aliff yang berang kerana Bella menangkapnya sedang berhibur bersama Afifah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...