Bella Astillah Akui Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz Semasa Iddah, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan

Bella Astillah Akui Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz Semasa Iddah, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Seperti yang diketahui umum, pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz sudah pun bercerai pada Mei lepas dek kerana kontroversi yang sering menyelubungi lelaki itu. Meskipun sudah berpisah, tetapi nampaknya pasangan itu sepertinya sudah berbaik semula dan sering berjumpa bersama.

bella dan aliff aziz rujuk semula

Advertisement

Walaubagaimanapun, baru-baru ini tersebar cerita mengatakan bahawa kedua-dua selebriti itu sudah pun berkahwin semula namun Bella lebih senang mengunci mulut apabila ditanyakan mengenai hal peribadi itu.

Nampaknya semua tidak perlu berteka-teki lagi kerana Bella akhirnya mengaku bahawa dia sudah pun rujuk semula bersama Aliff semasa dia masih lagi dalam iddah. Pertanyaan itu dijawab menerusi laman Instagramnya.

bella dan alif aziz rujuk semula

Bahkan, wanita genit itu tidak segan untuk mengakui bahawa dia kini sedang berbadan dua dan Ayden bakal mendapat adik baru.

bella dan alif aziz rujuk semula

Pun begitu, ada juga peminat yang menyuarakan kebimbangan sama ada suaminya itu akan kembali buat perangai nanti. Namun, Bella dengan tenang menjawab dan meminta semua agar berdoa kepada Allah SWT dan mengharapkan yang terbaik.

bella dan alif aziz rujuk semulabella dan alif aziz rujuk semulaApa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...