“Belilah Mahal Lagi” – PM Dikecam Netizen Pakai Kasut Hermes Harga Lebih RM5,000

Kehidupan

“Belilah Mahal Lagi” – PM Dikecam Netizen Pakai Kasut Hermes Harga Lebih RM5,000

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah dikecam oleh warganet kerana memakai baju jenama Burberry yang mencecah harga ribuan ringgit.

Terbaharu, beliau sekali lagi mendapat perhatian netizen kerana kasut yang dipakai ketika pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di Putrajaya.

Advertisement

Menerusi satu gambar yang ‘viral’ di Twitter, difahamkan kasut jenama Hermes yang dipakai Perdana Menteri (PM) ketika perjumpaan itu berharga lebih RM5,000 ringgit.

Selepas penularan gambar tersebut, netizen tidak berdiam diri dan mempersoalkan harga kasut yang dianggap terlalu mahal.

Barang mahal tapi tuannya gitu jugak, no karisma” – Netizen

“Belilah mahal lagi,” ujar seorang lagi warganet.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan PM dengan menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu isu yang perlu dipertikaikan kerana beliau mempunyai kemampuan untuk membeli pakaian berjenama.

Ikut logik 5k tu  takdelah mahal sangat kalau ikut gaji PM kita…jadi takde isu pun sebab dia mampu dan sesuai dgn urusan rasmi dia….” – Netizen

Ada juga yang menyokong cara pemakaian PM yang perlu sentiasa menjaga keterampilan kerana perlu mewakili dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak.

Tugas sebagai Perdana Menteri bukan suatu tugas yang mudah. Keterampilan haruslah sentiasa dijaga sebab PM berkomunikasi dengan pelbagai pihak. Kang pakai selipar lagi korang kecam..haihh netizen mulut puaka ni..ada je tak puas hati..rendah betul mentality tu.. – Netizen

Selain itu, kami juga kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

ismail sabri burberry
5 bulan lalu

"3 Bulan Gaji!"- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Zai

    September 8, 2022 at 7:26 am

    PM tu nak pakai apa pun,biar lah ..jangan ada org bodoh nak kait cara dia pakai konon nya tak prihatin rakyat susah ..dia PM,Kene jaga pakaian dia ..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...