Beli Viva Guna Duit MARA, Saharul Ridzwan Mohon Maaf Takut Pengaruhi Pelajar

Hiburan

Beli Viva Guna Duit MARA, Saharul Ridzwan Mohon Maaf Takut Pengaruhi Pelajar

Baru-baru ini, kisah perkongsian pengalaman hidup dan kepayahan pelakon Saharul Ridzwan sebelum bergelar artis tular di media sosial. Ramai yang memuji sikap beliau yang sentiasa merendah diri meskipun kini sudah mempunyai kehidupan yang selesa dan mampu untuk memiliki kereta mewah Mercedes. Bukan itu sahaja, ramai juga yang sudah bersemangat ingin berjaya seperti beliau.

Advertisement

Saharul juga ada berkongsi beliau telah menggunakan duit pinjaman MARA ketika belajar untuk membeli sebuah kereta Viva. Namun, isu ini bagaimanapun tidak mendapat sokongan sesetengah pihak.

Menerusi akaun Instagramnya, Saharul memuat naik foto teguran netizen tentang pembelian kereta Viva tersebut. Menurut netizen, apa yang dikongsikan oleh Saharul boleh mempengaruhi pelajar menyalahgunakan wang pinjaman mereka untuk perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang artis yang berpengaruh, beliau seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Advertisement

Susulan itu, Saharul telah tampil memohon maaf dan menjelaskan sebab sebenar disebalik pembelian kereta Viva tersebut. Niat beliau hanyalah untuk berkongsi semangat buat mereka yang bermula dari bawah seperti dirinya.

Kami respek dengan sikap Saharul yang tidak mudah melatah apabila ditegur dan tampil dengan penjelasan yang lengkap agar isu tersebut tidak terus mencetuskan persoalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

27 Comments

  1. Anonymous

    July 3, 2018 at 5:10 pm

    cilaka …mana mesej akuuu

  2. N

    July 3, 2018 at 4:59 pm

    bdk kecik zmn ni lagi kelakar..dtg ramai2 umah beraya..lum sempat hulur sampul Raya..eeh dia org dh sound nk beli duit raya..bkn mintak tapi “beli” tu yg pandai sgt2..hrmmm..satu bdk tu umur 9thn dia ckp dia dh dpt duit raya RM8k (fakta ke auta xtau lh)dia kata nk beli kete viva..fuuh bdk ni selera mcm kak Ros…

    • Anonymous

      July 4, 2018 at 10:30 am

      Mak bapak terlebih ajar

  3. Anonymous

    July 3, 2018 at 4:56 pm

    aku anon..yg mulakn citer tu..

    aku taip “motor”..motorlah..
    apa ke bengap..beza motor dn motokar.

    aku tanya kamu tagline “takut tuhan”.
    ..adakah ko nk bagi pinjam kereta ko waktu sehari lagi nak raya..(esok rayalah)..semua pasar besar jalan jam bagai nak gila..nanti tak tentu pasal car ada masalah.

    kalau x jam tak ape..aku je bawa makcik tu..laju je 60 ke 80 ke 90 km sjm…tension tau jln jam melebihkan Jalan TAR dn Federal Highway.

    ko ada kmpung tak dn ada biasa pergi pasar tak sehari atau 2 hari lagi nak raya…kalau x ada..mmg ko x tak tahu..tahu lahap je.

    bukan jalan je jam…tukang parut kelapa tu pun tgn nk lengoh..asik memarut je ..org berbaris, barisan jadi 8 beli santan utk rendang.

  4. just me not haters nor fans

    July 3, 2018 at 4:24 pm

    kenapa ya? beli keta mewah tapi taknak beli rumah sendiri? nak sewa rumah sampai bila? kata terer graduate. tak kan tak dpt pikir kot. dri byr keta bulan2 bagus lagi byr rumah. harap keta je mewah tp hidup masih menumpang pun tak guna bro! takyah sentap ye ni kenyataan. karang dah beli rumah sila bagitau satu dunia yaa.bosan manusia zaman sekarang keta pakaian brg2 suma nak branded wpun yg copi ori nasibla keta takde lagi yg fake jugak. nak harap dipuja nk jd idola tp masih blm layak!

    • Anonymous

      July 3, 2018 at 5:00 pm

      u dh sekodeng ke..dia ada rumah sendiri tak..

    • Anonymous

      July 4, 2018 at 12:01 pm

      ni aku setuju…. bodo2 rumah teres lot tepi baru aku respect… tinggal condo/apartment jer aper barang nk show off… takat mercedes 9thn loan jer… tak show berjaya mane pun bro

  5. brunes

    July 3, 2018 at 3:09 pm

    bodo org yang bring up issue ni.. dia nak inspire ko, ko ambil yang baik jelah.. bukannya dia tak bayar loan tu pun. semua ko tengok tak betul tak betul tak betul.. otak ko yg tak betul nak cari salah je

    • aa

      July 3, 2018 at 3:52 pm

      konsep awak ni kurang sesuai. patutnya pinjaman tu digunakan untuk pembelajaran shj. itu amanah yg kita pikul masa sign kontrak. soal bayar ke tak loan tu tak timbul.
      kalau SI mampu beli Viva dengan duit MARA, maknanya dia mampu continue belajar tanpa duit MARA. kalau dah macam tu tak perlu ambik loan, self sustain je lah. loan tu mungkin boleh bagi orang lain yang lebih memerlukan. ingatlah, ada ramai orang lain yang nak belajar tapi tak mampu nak tanggung kos belajar.

    • Anonymous

      July 3, 2018 at 4:08 pm

      sbb tu si penghutang kena byr, skrg yg blacklist byk trsenyum lebarrrr…tpi tunggulah pasti ada suatu hari…bkn lepas selamanya ye.
      Entah2 anak di masa depan x dpt smbung msuk u..sbb nama bapa hitamm

    • Anonymous

      July 4, 2018 at 11:53 am

      anak makcik aku dah kene…. kakak dia tak byr then adik dia tak lulus punjaman ptptn… mak dia bising2 anak lain bole jer dpt yg anak dia reject.. padan muka aku ckp…
      si kakak tu memilih keje lepas tu beranak then choose nk jd surirumah pulak.. kan tak cukup ongkos nk byr…
      dah tau motif lepas study nk kawin… nk buat anak jer… tak yah sesusah kan ptprn labur duit kasi sambung belajar… hutang tetap hutang… pelik aku tgk anak beranak ni duk meroyan nk govt kasi duit ptptn free… byr incometax pun tak ade hati nk free bagai

Loading...