Beli Viva Guna Duit MARA, Saharul Ridzwan Mohon Maaf Takut Pengaruhi Pelajar

Hiburan

Beli Viva Guna Duit MARA, Saharul Ridzwan Mohon Maaf Takut Pengaruhi Pelajar

Baru-baru ini, kisah perkongsian pengalaman hidup dan kepayahan pelakon Saharul Ridzwan sebelum bergelar artis tular di media sosial. Ramai yang memuji sikap beliau yang sentiasa merendah diri meskipun kini sudah mempunyai kehidupan yang selesa dan mampu untuk memiliki kereta mewah Mercedes. Bukan itu sahaja, ramai juga yang sudah bersemangat ingin berjaya seperti beliau.

Advertisement

Saharul juga ada berkongsi beliau telah menggunakan duit pinjaman MARA ketika belajar untuk membeli sebuah kereta Viva. Namun, isu ini bagaimanapun tidak mendapat sokongan sesetengah pihak.

Menerusi akaun Instagramnya, Saharul memuat naik foto teguran netizen tentang pembelian kereta Viva tersebut. Menurut netizen, apa yang dikongsikan oleh Saharul boleh mempengaruhi pelajar menyalahgunakan wang pinjaman mereka untuk perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang artis yang berpengaruh, beliau seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Susulan itu, Saharul telah tampil memohon maaf dan menjelaskan sebab sebenar disebalik pembelian kereta Viva tersebut. Niat beliau hanyalah untuk berkongsi semangat buat mereka yang bermula dari bawah seperti dirinya.

Kami respek dengan sikap Saharul yang tidak mudah melatah apabila ditegur dan tampil dengan penjelasan yang lengkap agar isu tersebut tidak terus mencetuskan persoalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...