“Beli Sekilo Boleh Bankrup” – Netizen Terkejut Kacang Hijau RM8.99 Sebiji

Kehidupan

“Beli Sekilo Boleh Bankrup” – Netizen Terkejut Kacang Hijau RM8.99 Sebiji

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang berkira-kira semasa membeli kacang hijau di sebuah pasar raya telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran seorang pengguna TikTok, harga kacang hijau yang dipaparkan adalah RM8.99 bagi setiap satu biji dan lelaki tersebut mengira biji kacang yang ingin dibelinya dengan membuat anggaran harga mengikut jumlah biji yang diambil.

Advertisement

Rata-rata netizen terhibur melihat situasi itu dan menganggap mungkin berlaku kesilapan maklumat ketika harga tersebut ditulis.

Kacang Hijau

“Positif la, mungkin kacang hijau ini diimport dari planet Marikh” tulis seorang netizen.

“Patutlah masih banyak kacang hijau dalam bekas, setiap orang beli sebiji dua sahaja, itu pun dah mahal” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kacang hijau biasanya akan dijual berdasarkan berat dalam gram atau kilogram, namun berbeza dengan harga yang terpampang pada tanda harga apabila ia dikira mengikut biji.

Kanak-kanak Rohingya kurang ajar
2 years ago

Budak Rohingya Dianggap 'Kurang Ajar', Gertak Pemandu Supaya Bagi Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...