Beli Kain Baju Kahwin ‘Online’, Pasangan Hanya Keluar Kos RM2000 Untuk Majlis Supaya Tak Berhutang

Kehidupan

Beli Kain Baju Kahwin ‘Online’, Pasangan Hanya Keluar Kos RM2000 Untuk Majlis Supaya Tak Berhutang

Rasanya semua sedia maklum apabila ingin meraikan hari bahagia kita bersama pasangan, berpuluh-puluh ribu ringgit akan dihabiskan bagi mendapatkan majlis perkahwinan idaman.

Namun, lain buat pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka pada 9 Januari lalu di Baling, Kedah dengan mengeluarkan kos sebanyak RM2000 sahaja.

Advertisement

Menurut wanita yang mesra dipanggil Najla, dia mengucapkan rasa syukur kerana kos perkahwinan bersama suami tidak tinggi memandangkan dirinya pun masih belum habis pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Apabila ditemu bual oleh pihak mStar, wanita itu memberitahu dia hanya membeli kain baju secara atas talian sahaja dan baju kurung Pahang itu pula dijahit sendiri oleh ibunya.

Advertisement

Dalam pada itu, baju yang dipakai suaminya Mohamad Safuan Ahmad Nasri merupakan baju kemeja yang dibeli di pusat membeli-belah, Brand Outlet di Kedah.

Kalau boleh jangan sampai berhutang. Kenapa kita nak habiskan duit semata untuk majlis. Lepas kahwin nak beli banyak barang lagi.

Memuat naik videonya di platform TikTok, pasangan tersebut tidak menerima sebarang kecaman, malah ramai warganet yang memuji sikap mereka kerana bersederhana serta tidak menghiraukan pandangan masyarakat.

Tambahannya lagi, dia tidak kisah untuk mengadakan majlis secara ala kadar malah sanggup menurunkan harga hataran supaya tidak membebankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Jangan Buat Naya Orang Dik" - Pasangan Pengantin Redah Banjir, Kotorkan Baju Sewa Demi 'Photoshoot'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    January 26, 2022 at 11:53 am

    Kenapa nak kahwin padahal tak habis belajar dan tak kerja lagi?

  2. Rose gold

    January 24, 2022 at 12:10 pm

    Tahniah. Matang sebelum waktu. Bijak korang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...