“Beli Benda Perlu Sahaja..” Dari Kecil Tahu Erti Penat Cari Duit, Mawar Rashid Tayang Ipad Baru Di Instagram

Hiburan

“Beli Benda Perlu Sahaja..” Dari Kecil Tahu Erti Penat Cari Duit, Mawar Rashid Tayang Ipad Baru Di Instagram

Pelakon cantik, Mawar Rashid mengakui dirinya tidak suka berbelanja secara boros dan sangat berhati-hati dalam soal penggunaan wang ringgit.

Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua ini juga turut berkata bahawa dia mengamalkan sikap berjimat cermat sejak kecil lagi dan hanya membeli barang keperluan melebihi kehendak.

Advertisement

Dia yang memuat naik foto dirinya memegang sebuah Ipad keluaran Apple yang baru saja dibelinya turut menulis kapsyen panjang lebar mengenai sikap berbelanja yang diamalkannya selama ini.

“Tak suka attitude boros ni!. Mekwa ni sejenis berjaga-jaga on ‘spending money’, dari kecik tak suka dengan perangai boros ni. Sebab dari kecil Mekwa tahu penat susah nak cari duit..sebab tu Mekwa beli benda yang betul-betul Mekwa perlukan je..”

Dalam entri itu, Mawar akhirnya dapat juga membeli Ipad peribadi kepunyaannya sendiri berikutan dia sering saja kehilangan buku nota miliknya.

View this post on Instagram

“Walaupun mommy sibuk kerja jadi ARTIS dan sibuk untuk @mawarosehq SQUAD.. NI SEMUA UNTUK….” Semua ni untuk Anak2 mommy.. mawarose squad pun anak2 mommy jugak..mommy x nak bazirkan masa dan tenaga yang Allah bg kat mommy ni.. Mommy bertanggungjawab untuk jd contoh yg baik kpd anak mommy. Walaupun sesibuk mana, mommy x kan pernah stop utk mendidik anak mommy utk pastikan anak mommy jd ‘seseorang’ nanti. Mommy nak anak mommy jadi anak yg SOLEH, hatiBAIK, INDEPENDENT , STRONG,BIJOK,RAJIN, dan besar nanti jd JUTAWAN YG DERMAWAN.. Mommy pun pikul tanggungjawab utk bantu anak mommy yg besar2 belaka dah?(mawarose squad) .. mommy nak pastikan squad2 ni dpt ILMU dan SEMANGAT yg cukup utk REZEKI yang lebih luas.. supaya anak2 mommy yg besar ni pun boleh bantu lebih ramai org yg memerlukan diluar sana.. I BELIEVE IN YOU ? P/s : Rafael pakai baju angry bird abg Rayyan time kecik2.. sbb tu nampak beggy sikit.. sebelum mommy kluar kerja utk @disini_malaysia , peluk puas2 dulu anak mommy ni ? Mua @syhimran77 Ootd , shawl & outfit @najjahgroup Produk for lip & cheek @mawarosehq

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar yang bernikah dengan adik kepada chef terkenal Fazley, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua, tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...