September 21st, 2020

Tampil memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju di Instagram, penyanyi Naim Daniel mula mencuri tumpuan warganet.

Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan

Lebih mengejutkan, foto yang mendapat ribuan tanda suka itu khabarnya telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya terutamanya para gadis.

Gambar yang mempamerkan susuk tubuhnya yang maskulin itu telah dibanjiri pelbagai komen yang rata-ratanya menyifatkan gambar yang dikongsikan Naim itu cukup seksi.

Malah jelas memperlihatkan bahagian dadanya yang berbulu secara dekat kepada peminatnya.

 

Bagaimanapun, Naim yang terkenal dengan sikap profesionalnya langsung tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh pengikut di laman berkenaan.

Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan

Sekadar informasi, Naim pernah mendapat perhatian umum apabila berjaya memiliki rumah pertamanya di usia yang muda. Kejayaannya itu bagaimanapun membawa kepada spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan

Namun segalanya terjawab selepas Naim tampil memaklumkan bahawa beliau masih tiada perancangan ke arah itu kerana mahu fokus kepada karier dalam bidang seni yang diceburinya kini.

Untuk rekod, Naim merupakan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 menerusi lagu Sumpah ciptaannya. Hasil kemenangan itu, beliau berjaya meraih wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.


2 responses to “Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan”

  1. anonymous says:

    wanna be

  2. Rita says:

    Maskulin? Hahahahahaha

Leave a Reply to anonymous Cancel reply

Loading...