Belajar Jadi Profesional Jangan Jadi Kaki Gosip Mak Esah Jual Jamu – Fathia Latiff Bergaduh Dengan Caprice?

Hiburan

Belajar Jadi Profesional Jangan Jadi Kaki Gosip Mak Esah Jual Jamu – Fathia Latiff Bergaduh Dengan Caprice?

Umum mengetahui penyanyi rap Caprice sering memberikan komen mengenai isu semasa di negara melalui siri video di akaun Instagramnya.

Advertisement

Baru-baru ini Caprice ada memberikan pandangan beliau mengenai isu Nur Sajat yang bergaduh dengan Papagomo iaitu individu yang membuat aduan kepada pihak JAKIM berhubung isu jantina usahawan kosmetik tersebut.

Namun, video Caprice mengenai Sajat mendapat respon pelakon Fathia Latiff yang menyifatkan Caprice sama sahaja seperti netizen yang tidak berhenti mengkritik dan menghakimi orang lain di media sosial.

Mungkin terasa hati dengan apa yang dikatakan oleh Fathia, “pergaduhan” mereka ini semakin hangat apabila Caprice memuat naik satu video di Instagramnya yang seakan menyindir Fathia dan mengungkit mengenai gosip Bigo Live pelakon wanita itu yang menjadi kontroversi beberapa bulan lepas.

Tidak terhenti di situ sahaja, Fathia kemudiannya tampil membalas kenyataan Caprice. Menurut Fathia, Caprice sengaja ingin mengecamnya kerana beliau pernah menolak hadiah “cupcake” pemberian Caprice.  Fathia turut berpesan kepada Caprice agar tidak merendahkan orang lain ataupun menyebarkan sebarang perkara negatif dan berharap agar beliau bersikap lebih profesional.

Pada pendapat kami pergaduhan seperti ini tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak. Tidak perlu rasanya untuk terus mencetuskan provokasi sesama sendiri dan kalau ada rasa tidak puas hati, cubalah cari jalan penyelesaian dengan cara yang lebih matang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...