Bekas Madu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Isteri Da’i Farhan Berikan Ucapan ‘Sweet’

Hiburan

Bekas Madu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Isteri Da’i Farhan Berikan Ucapan ‘Sweet’

Sebelum ini, kontroversi kisah perkahwinan kedua Da’i Farhan dengan seorang janda anak lapan, Dr Erin dan juga berita perceraiannya dengan isteri pertama, Fatin Nurul  Ain yang diceraikan ketika sedang sarat mengandung memang cukup hangat diperkatakan, mengalahkan berita selebriti popular.

isteri da'i farhan ucap tahniah bekas madu

Advertisement

Tidak dinafikan pelbagai dugaan yang menimpa Fatin tetapi dia kekal tabah menghadapi segala ujian. Tanggal 5 Januari 2020, merupakan detik indah buatnya apabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki iaitu anak keduanya bersama Farhan.

Rat-rata netizen mengucapkah tahniah kepada Fatin dan mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi yang baru dilahirkan.

Namun, ucapan Dr Erin buat bekas madunya yang dimuat naik di akaun Instagram mencuri tumpuan netizen. Dia mengucapkan tahiah kepada Fatin dan berharap agar kelahiran cahaya mata baru itu bakal memberikan sinar kebahagiaan baharu kepada keluarga mereka.

Malah, dia turut berharap satu hari nanti mereka dapat meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan bersama salah seorang daripada lapan anaknya sebagai sebuah keluarga yang besar.

isteri da'i farhan ucap tahniah bekas madu

Terdahulu, Fatin dan Farhan telah bercerai pada 3 Disember lalu  denga talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...