Bekas Kekasih, Gayatri Pillai Nafi Dirinya Orang Ketiga Hubungan Zul-Zahirah

Bekas Kekasih, Gayatri Pillai Nafi Dirinya Orang Ketiga Hubungan Zul-Zahirah

Penerbit filem dan drama Gayatri Sulin Pillai menafikan dia ialah orang ketiga dalam percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan bekas kekasihnya Zahirah Macwilson.

Menurut wanita itu, adalah sesuatu yang normal untuk dia berhubung dengan Zul walaupun perhubungan mereka telah berakhir atas dasar persahabatan dan urusan pekerjaan.

Advertisement

Gayatri memberitahu Harian Metro:

Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja.


Dia juga tidak terasa hati apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan Zul dan Zahirah:

Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

Biarlah orang nak kata apa-apapun, kami tidak boleh tutup mulut ataupun puaskan hati semua orang.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya putuskan hubungan persahabatan dengan Zul? Dia seorang pelakon yang berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasama dengan dia dan mendorong dia untuk lagi berjaya dalam industri.


Dia bagaimanapun enggan memberi jawapan yang pasti sama ada akan kembali pada Zul memandangkan lelaki itu kini single:

Soalan ini juga ditanya pada Zul yang baru memberi kenyataan dan boleh dipusing lagi seperti Zul akan beralih dengan cepat dan saya rasa ini kurang sesuai. Biarlah dia diberi ruang sedikit untuk fokus kepada kerjayanya daripada fikirkan soal cinta dan saya pun tidak fikir ke arah itu.

Memang betul saya pernah beritahu Zul saya berhasrat mendalami Islam beberapa tahun lalu dan sejak itu saya cuba belajar sikit demi sikit untuk memahami lebih tentang Islam.

Saya bernasib baik sebab ramai disekeliling saya dapat memberi dorongan dan nasihat kepada saya dan saya amat menghargainya.

Untuk makluman anda, Zul masih berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh Gayatri, antaranya filem JRevolusi. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...