Bekas Guru Agama Kini Penternak Berjaya Biawak Padang Pasir (Dhab)

Kehidupan

Bekas Guru Agama Kini Penternak Berjaya Biawak Padang Pasir (Dhab)

Seorang bekas guru agama yang dikenali sebagai Azhar Mohamad Shafawi kini tersenyum puas apabila mampu menternak lebih kurang 100 dhab atau lebih dikenali sebagai biawak pasir di rumah sendiri bertujuan komersial. Ia bermula dengan sepasang dhab yang dibawa pulang dari Mesir pada tahun 1994.

Dhab dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi kesihatan kerana ianya adalah spesis yang halal dimakan umat Islam di mana ia menjadi makanan penduduk di negara Asia Barat terutamanya padang pasir seperti Mesir dan Arab Saudi.

Advertisement

Azhar yang berusia 49 tahun berkata, minatnya untuk memelihara reptilia itu bermula ketika beliau masih menuntut di Universiti Al-Azhar bertujuan menampung pengajiannya di Mesir sekitar awal 90-an.

Sementara itu, ketika itu masih tiada peruntukan undang-undang yang menghalang daripada membawa haiwan dari luar negara menaiki pesawat komersial.

penternak dhab

“Bermula dengan hanya sepasang induk jantan dan betina, bilangan dhab yang saya ternak kian bercambah. Walaupun tempoh tumbesarannya agak lambat, seekor dhab betina yang mencapai usia matang iaitu tujuh tahun mampu menghasilkan 20 hingga 70 telur”.

Beliau berkata menternak reptilia itu tidaklah begitu sukar kerana ia hanya memakan sayuran yang tinggi kadar air serta kekacang sebagai sumber protein selain daya ketahanannya yang tinggu terutama apabila cuaca panas.

Tambahnya lagi, keadaan persekitaran yang diternak juga harus dititiberatkan di mana ia boleh mengakibatkan haiwan itu mengalami penyakit yang berjangkit seperti pasir yang terkena air hujan boleh menjadikan kaki dhab luka dan berkudis.

Setiap hari, Azhar memperuntukkan RM50 untuk makanan reptilia itu seperti kubis, sawi, daun salad dan kacang panjang serta kekacang yang sesuai untuk sumber protein.

“Saya cuba meniru seakan-akan di habitat asalnya di negara Asia Barat dengan meletakkan pasir di kandang mereka selain membuat banyak lubang daripada gegelung PVC (Polyvinyl Chloride) sebagai sarang untuk mereka ‘berteduh’ dan bersembunyi”.

Beliau yang sanggup meninggalkan pekerjaan lama sebagai guru untuk menumpukan terhadap penternakan dhab yang yang sekaligus menyebabkan permintaan terhadapnya begitu tinggi.

Dalam masa yang sama, Azhar mempunyai lebih kurang 100 ejen yang memasarkan produknya seperti minyak urut, pil kapsul pati dhab, dan juga kopi campuran pati dhab.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...