Beego Bakal Kahwini Linda Hashim

Hiburan

Beego Bakal Kahwini Linda Hashim

Adakah anda masih ingat dengan Beego yang pernah popular dengan drama Puteri yang dilakonkan bersama Nora Danish? Menurut Juwie di Berita Harian, Beego merancang akan melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Linda Hashim pada pertengahan 2013.

Advertisement

Menurut Beego atau nama sebenarnnya Md Aserul Abdullah, dia akan membawa keluarganya untuk merisik dan melamar Linda pada pertengahan bulan ini.

Beego telah bercerita pada Juwie:-

Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu.

Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda.

Beego pula dah beberapa kali berjumpa ahli keluarga Linda. Nampaknya keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka. Alhamdullilah.

Apabila ditanya apa yang menarik perhatiannya tentang Linda:

Dia sangat baik orangnya, berbudi bahasa dan pandai jaga diri.

Dalam perkembangan terbaru, Beego berlakon siri drama Mat Latah arahan Murali Abdullah dan Fauzi Nawawi terbitan A Aida Productions. Kemudian dia berlakon siri drama sitkom berjudul Kampung Bahasa untuk RTM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...