“B*bi, Pergi Mati..” – Calon SPM Terkejut Dimaki Guru, Minta Penjelasan Tapi Kena ‘Block’

Kehidupan

“B*bi, Pergi Mati..” – Calon SPM Terkejut Dimaki Guru, Minta Penjelasan Tapi Kena ‘Block’

Kecoh di media sosial baru-baru ini, apabila seorang pelajar perempuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terima mesej peribadi yang kurang enak dari gurunya.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Twitter itu, pelajar tersebut memuat naik tangkap layar mesejnya bersama guru tersebut di aplikasi Telegram, dimana pada mulanya dia cuma hanya bertanya apa yang telah berlaku kerana tidak tahu punca gurunya memberi mesej itu kepadanya

Melalui temubual bersama mStar, gadis itu menerima mesej terbabit pada jam 8.21 malam dan beliau ketika itu masih berfikir baik berkemungkinan gurunya tersalah hantar tetapi apabila dia bertanya semula dengan nada yang sopan, guru tersebut seolah-olah bertambah ‘berang’ terhadap dirinya.

Menurutnya lagi, dia telah memaklumkan perkara terbabit kepada ibunya, namun guru itu meminta ibunya untuk datang ke sekolah untuk bincang hal tersebut secara bersemuka, lalu guru terbabit block gadis itu serta ibunya di aplikasi WhatsApp dan Telegram.

mesej kurang ajar guruSumber : Twitter  

Disebabkan perkara tersebut berlaku, pelajar perempuan itu akui sedikit terganggu ditambah pula apabila beliau dikecam teruk oleh guru-guru lain di sekolah kerana menularkan hal itu di media sosial.

Basically cikgu lain back-up cikgu tu. Ada cikgu yang screenshot petikan berita mengenai perkara ini dan hantar di grup WhatsApp kelas lain.

Tak sangka ciapannya bakal tular di media sosial, gadis itu berasa terharu kerana ramai warganet yang menyokongnya serta memberi kata-kata semangat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ditinggalkan bakal suami beberapa jam sebelum nikah
2 years ago

'Last Minute' Bagitahu Tak Boleh Lupa 'Ex', Lelaki Tinggalkan Bakal Isteri Di Pagi Hari Nikah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...