Batal Nikah ‘Last Minute’, Lelaki ‘Buruk Siku’ Serang Bekas Kekasih Sebab Minta Pulangkan Hadiah Pemberian

Kehidupan

Batal Nikah ‘Last Minute’, Lelaki ‘Buruk Siku’ Serang Bekas Kekasih Sebab Minta Pulangkan Hadiah Pemberian

Apabila menjalin hubungan percintaan, sudah pasti lelaki akan mencuba sedaya upaya menunjukkan effort dengan pelbagai cara dan antaranya adalah memberi hadiah kepada pasangan.

Tetapi sering kita dengar apabila satu pasangan sudah tidak meneruskan hubungan, barang yang diberi kepada pasangan kebarangkalian akan diminta semula. Sama seperti seorang lelaki yang tular di TikTok baru-baru ini.

Advertisement

Lelaki terbabit difahamkan telah mengasari teman wanitanya di sebuah ruangan hotel dan pergelutan itu dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @_areyouoke99

Difahamkan, pasangan itu sebenarnya merupakan pasanagn bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi tetapi lelaki berstatus orang kaya itu telah membatalkan perkahwinan mereka dan meminta wanita itu memulangkan semula barang pemberian yang diberikan sebagai hadiah.

Lelaki terbabit berasa berang apabila wanita itu enggan memulangkan semula telefon bimbit yang diberi olehnya kerana mahu memberikan telefon itu kembali adiknya pula.

Sehingga kini, kedua-dua keluarga masih belum membincangkan hal pembatalan perkahwinan bekas kekasih itu dan dua-dua pihak mahu mengheret isu yang berlaku ini kepada undang-undang untuk mendapatkan keadilan.

lelaki tiru konten Ryan Bakery
4 bulan lalu

"Copy Paste Teruk!" - Lakon Jadi Budak Sekolah & Muka Berbedak, Netizen Suruh Lelaki Ini 'Stop' Tiru Ryan Bakery

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...