Basah Lencun, Foto Babak Panas Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tersebar

Hiburan

Basah Lencun, Foto Babak Panas Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tersebar

Kemesraan dan ‘chemistry’ hero dan heroin dalam drama memang penting, barulah drama yang dilakonkan akan nampak lebih ‘real’. Mungkin itu juga yang cuba ditonjolkan oleh pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

zul ariffin intan najuwa

Advertisement

Nama mereka kembali hangat diperkatakan selepas beberapa foto terlebih mesra mereka mula tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, Zul mendakap erat  heroinnya itu dengan penuh intim. Sekali pandang, betul-betul seperti pasangan bercinta yang “lemas” dalam asmara.

foto panas zul ariffin intan najuwazul ariffin intan najuwa

Aksi panas itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ia dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang.

Terdahulu, Intan pernah ditegur netizen agar menjaga hati tunangnya dan tidak bergambar mesra dengan lelaki lain. Namun, aktres itu sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya ketika berlakon. Tidak perlu melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.

intan najuwa zul ariffinSiapa tahu, mungkin sahaja ini salah satu babak dalam drama mereka yang sedang ditayangkan di kaca televisyen. Biasalah, nak ambil ‘feel’.

Sumber Berita : Forum CARI

Kredit Foto : Instagram Funta.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...