Baru Timang Cahaya Mata, Hubungan Mia Ahmad Dan Suami Goyah?

Hiburan

Baru Timang Cahaya Mata, Hubungan Mia Ahmad Dan Suami Goyah?

Tindakan pelakon Mia Ahmad yang memadam semua foto suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan termasuklah foto perkahwinan mereka daripada laman Instagram menimbulkan tanda tanya. Mia juga turut memuat naik status luahan hati yang seolah-olah menggambarkan rumah tangganya itu sedang bermasalah.

Advertisement

Kata Mia, apa yang beliau lakukan itu bersebab dan mengakui kini emosinya tidak stabil kerana sedang berdepan kemelut yang sukar untuk dijelaskan. Apa sahaja yang berlaku selepas ini beliau akan redha.

Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini. Terpulanglah.

Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya. Apa jadi selepas ini, saya redha.

Izham pula ketika dihubungi menjelaskan ada pihak cuba untuk memporak-perandakan rumah tangga mereka. Penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya. Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya.

Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

Menurut Izham, beliau bakal membuat laporan polis terhadap pihak tersebut yang sudah memburukkan namanya selain mencuba untuk memusnahkan kebahagiaan beliau bersama isteri tercinta.

Mia dan Izham berkahwin pada 12 Januari 2017. Mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Sayf Issa pada 28 September lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...