Baru Sehari Rai Kejayaan Janna Nick Di ABPBH34, Dini Schatzmann Masuk Hospital

Hiburan

Baru Sehari Rai Kejayaan Janna Nick Di ABPBH34, Dini Schatzmann Masuk Hospital

Selepas meraikan kejayaan kekasih hatinya Janna Nick yang merangkul Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34), pelakon Dini Schatzmann kini dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman.

Janna Nick dan dini
2 years ago

Dah Macam Kim Kardashian Dan Squid Game, Fesyen Janna Dan Dini Jadi Tumpuan Peminat

Advertisement

Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann berkata dia mengalami demam ‘on off‘ sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Saya dah demam sejak beberapa hari lalu, sudah buat beberapa kali ujian Covid-19 dan semua keputusan negatif.

Menurut Dini, 27, pada Ahad lalu dia telah pergi ke hospital dan doktor memberitahu bahawa terdapat jangkitan bakteria, jadi dia sedang berehat dan mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Sebelum ini saya ada banyak penggambaran outdoor, mungkin sebab cuaca saya jatuh sakit. Doktor bagi ubat drip dan alhamdulillah keadaan semakin baik.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Janna Nick turut berkongsi gambar dia memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital.

“Poor baby Dini Schatzmann” tulis Janna.

Dini turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya dan memberi kata-kata semangat. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu mengakui dia tidak sabar untuk meneruskan kerja seperti biasa.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.

Ana Raffali
2 years ago

"Maaf, Saya Guru Bahasa Inggeris, Kena Biasakan Yang Betul" - Ana Raffali Tegur Pengguna Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...