Turut dikritik gara-gara mengikut jejak langkah Janna Nick dengan menawarkan servis ucapan hari jadi berbayar dengan harga yang lebih rendah iaity RM 20, siapa sangka pelakon Mawar Rashid sudah mampu meraih RM 1,000 dalam masa lima hari.
Bukan sahaja cara untuk mencari rezeki sampingan, kata Mawar perkhidmatan itu juga adalah salah satu cara untuk menghargai peminatnya.
Pada saya idea servis ucapan ini sangat kreatif dan saya sendiri menyokong idea Janna itu. Bagaimanapun, disebabkan jumlah pengikut saya tidaklah begitu ramai, jadi saya tawarkan harga yang lebih rendah. Satu hari saya hanya hadkan kepada 10 servis ucapan sahaja. Alhamdulillah sehingga kini sambutan sangat menggalakkan apabila sudah mengutip lebih dari RM1,000.
Sejujurnya, Mawar tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati mahupun mengecam apa yang beliau lakukan itu.