“Baru First Time Jumpa Tol Ke?” – Penunggang Motor Gigih Nak Bayar Tol Curi Perhatian Ramai

Kehidupan

“Baru First Time Jumpa Tol Ke?” – Penunggang Motor Gigih Nak Bayar Tol Curi Perhatian Ramai

Rasanya sudah diketahui ramai bahawa kenderaan seperti kereta, bas, ataupun lori sahaja yang perlu membayar tol jika memandu di lebuh raya.

Kenderaan yang bertayar dua seperti basikal ataupun motosikal tidak perlu untuk membayar tol jika menggunakan lebuh raya, malah ada laluan khas yang telah disediakan buat mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, tular sebuah video di TikTok baru-baru ini memaparkan dua orang gadis yang menaiki motor gigih hendak membayar di tol dan ianya telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, jelas terlihat penunggang motosikal terbabit berhenti di pondok tol untuk menekan kad ‘touch & go’ mereka supaya palang di tol itu terbuka.

Terkejut serta terhibur melihat situasi yang terjadi di depan matanya itu, si perakam menjerit dari dalam kereta bahawa penunggang motosikal tidak perlu membayar tol, namun tidak dihiraukan oleh mereka.

komen tiktok

Barangkali tidak mendengar kata-kata si perakam itu, mereka bernasib baik pekerja yang sedang duduk di dalam pondok tol berkenaan memberitahu penunggang motor tidak perlu membayar tol.

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata warganet terhibur dengan situasi yang telah berlaku, namun dalam pada masa yang sama ada juga yang merasakan mereka baru pertama kali membawa motor di kawasan tol.

Rumah dalam pembinaan diduduki pekerjaan
2 years ago

"Siap Bawak Anak Bini.." - Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, 'Owner' Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...