July 6th, 2020

Terkejut apabila anak bongsunya, Syed Aqif Najmi secara tiba-tiba meminta untuk bersunat meskipun baru berusia lima tahun, penyanyi Ayu Damit luah rasa bangga kerana anaknya dikhabarkan membuat permintaan itu terus kepada doktor.

ayu damit anak sunat

Menurut Ayu, perkara itu terjadi apabila mereka sekeluarga berada di hospital ketika menemai abang kepada Aqif iaitu Syed Nashrul Haikal menjalani proses berkhatan.

Tambah Ayu, selepas mendapat nasihat doktor, Ayu dan suami, Syed Fauzi hanya menuruti permintaan anak mereka untuk berkhatan bersama abangnya.

“Memang Aish sangat kuat sebab masa doktor suntik bius pun dia taka da cakap sakit sampialah selesai berkhatan. Cum lepas habis tu dia macam blur sikit.”

ayu damit anak sunat

Ayu juga turut menunaikan permintaan anak-anaknya sebagai hadiah berkhatan dengan memasakan makanan kegemarannya dan hadiah permainan.

“Haikal yang nak bersunat jadi dia nak saya masak makanan kegemaran dia iaitu ketam masak lemak nanas, udang sambal dan kerang rebus. Aish pula minta mainan lori besar dan kereta kawalan jauh.”

ayu damit anak sunat

Untuk rekod, Ayu dan suami telah melangsungkan pernikahan pada tahun 2009. Hasil perkongsian itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, Sharifah Alya Aryana dan Syed Aqif Najmi.

Sumber: mStar


2 responses to “Baru Berusia 5 Tahun, Ayu Damit Bangga Anak Bongsu Buat Permintaan Nak Sunat”

  1. Anonymous says:

    siapa dia ni?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...