Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Baru Anak Satu, Kalau Sembilan Pengsan!” Bukan Senang Nak Jadi Ibu, Lufya Omar Kongsi Cerita Layan Anak Di Instagram

Menjadi ibu bukanlah perkara yang senang, tambah-tambah jika anak pula seorang yang lasak dan aktif sentiasa tidak kira tempat dan masa.

Berkongsikan mengenai pengalaman menjadi ibu kepada seorang cahaya mata, pelakon Lufya Omar menulis panjang lebar di ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Lufya, bukan mudah untuk seorang ibu melaksanakan tugas harian tambahan lagi kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Tajuk drama harini, kita sibuk masak dia sibuk mengemas. Jangan ingat surirumah kat rumah tu duduk senang lenang ya. Ni baru anak 1, kalau anak 9 pengsan!”

Dia dalam pada itu sempat memuji ibu yang mempunyai anak ramai kerana bijaksana dalam membahagikan masa antara melayan anak-anak dan melakukan kerja rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Lufya sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada November 2016 sebelum bercerai pada Jun 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 2 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    November 23, 2020 at 1:25 pm

    mcm la ko sorang je ada anak …poyooo

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top