“Bapak Main TikTok Boleh” – Hidup Dengan Cara Zuhud, Netizen Kesian Dengan Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad

Trending

“Bapak Main TikTok Boleh” – Hidup Dengan Cara Zuhud, Netizen Kesian Dengan Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad

Penyanyi nasyid kontroversi, Suhaimi Saad sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia memilih untuk hidup dengan cara ‘zuhud’ bersama isteri dan anak-anak.

Antara yang diamalkan oleh Suhaimi dan isterinya, Ina Naim adalah tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mendapatkan suntikan vaksin buat anak-anaknya selain turut tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Advertisement

suhaimi saad anak kisah
6 bulan lalu

"Berjawatan Pun Amik Rasuah.." - Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master & PhD

Malah, menerusi ‘live’ baru-baru ini Suhaimi turut mendedahkan rumah mereka tidak mempunyai mesin basuh atau peti ais.

Mengetahui tentang hal itu, ramai netizen menyuarakan rasa risau mereka terhadap nasib empat anak pasangan ini di masa akan datang.

Mereka turut mengasihani nasib Ina kerana mendapat suami yang menurut mereka seorang lelaki ‘pemalas’.

Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing tentang konsep zuhud diamalkan Suhaimi bersama keluarganya itu.

Ada yang tidak bersetuju dan berkata sesetengah perkara tidak sesuai lagi diguna pakai pada zaman sekarang.

Selain itu, sesetengah netizen memerlinya kerana ada menggunakan barangan yang tidak patut dipakai jika benar-benar mahu mengamalkan zuhud.

Malah, segelintir turut mengkritiknya ‘bermain’ TikTok sedangkan anak tidak pula dihantar bersekolah.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat netizen sepatutnya tidak masuk campur dan menilai kehidupan mereka hanya berdasarkan video.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Deanna

    July 4, 2022 at 3:09 pm

    x ada tv dan gadget2 ku percaya, cos aku ada juga teman ikut zuhud ikut kumpulan tabligh, tapi x ada washing machine dan peti ais, blm pernah jumpa org mcm gini, tapi temah aku anak2 dia semua sekolah, sekolah agama yg ada pelajaran civil juga

Loading...