Bapa Sembelih Anak 7 Tahun Hingga Mati, Dua Lagi Cedera Ditetak

Trending

Bapa Sembelih Anak 7 Tahun Hingga Mati, Dua Lagi Cedera Ditetak

Amat menyedihkan apabila pagi ini kami mendapat tahu tentang satu kejadian pembunuhan yang berlaku petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga sudah menganggur selama dua tahun telah mengelar anak perempuannya yang berusia tujuh tahun di leher sehingga mati, manakala dua orang lagi yang berusia 12 dan 10 tahun ditetak sehingga seorang darinya putus jari. Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Bangi.

Kejadian itu disedari oleh anak perempuan beliau yang berusia 15 tahun, sewaktu sampai ke rumah dari sekolah pada pukul 4.15 petang.

Advertisement

Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira jam 6 petang.

Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian.

Sebilah parang telah dirampas dari beliau. Dua anak yang cedera telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Menurut sumber tidak rasmi, suspek tidak menimbulkan masalah sebelum ini, tidak mempunyai rekod jenayah dan sering ke surau untuk solat jemaah, malah anak perempuan yang meninggal dunia juga sering dibawa ke surau sebelum ini.

Ketika kejadian, seorang anak berusia 18 tahun tidak ada di rumah manakala isteri suspek sedang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Cyberjaya.

Bersama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat anak malang tersebut. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Laporan asal: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...