Bapa Elfira Loy Tawar Hati Dengan Sufian Suhaimi Sejak Majlis Pertunangan Lagi

Bapa Elfira Loy Tawar Hati Dengan Sufian Suhaimi Sejak Majlis Pertunangan Lagi

Kisah putus tunang Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy masih belum reda lagi dan masih diperkatakan Netizen. Sebelum ini, terdapat pihak mengatakan ikatan pertunangan Elfira dan Sufian terlerai kerana Sufian tidak mampu menyediakan hantaran tinggi yang diminta oleh ibu bapa Elfira dalam masa yang ditetapkan.

Sufian pula dikatakan masih belum move on dari perpisahan itu, malah sering memperkatakannya kepada pihak media sehinga menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa Elfira. Terbaru, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, telah memberitahu Rojak Daily kisah sebenar yang berlaku:

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Sejak cincin dipulangkan pada 18 Februari lalu kepada keluarga Sufian, di Muar Johor, saya fikir hal ini tidak akan berpanjangan. Malah pakcik yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan isu ini. Namun yang sebaliknya pula terjadi kerana Sufian terus-terusan bercerita dan anak saya hanya beberapa kali saja memberikan kenyataannya. Kenapa dia perlu main isu itu lagi?
Anak saya sendiri pun tak mahu panjangkan hal ini. Bagi saya bapa atau pak cik Sufian seelok-eloknya menasihati kepadanya supaya tidak terus memanjangkan hal ini. Benda ini sudah tamat. Saya faham tugas wartawan untuk mengorek cerita dan Sufian juga boleh cakap tidak dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah ini semua strategi Sufian dan pihak pengurusannya mahu mempromosikan single terbarunya Di Matamu itu. Ahmad Sabri  menambah, ibu Elfira, Filzah Yusoff, terkesan dengan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mata duitan.Selepas memulangkan cincin itu, saya yakin dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.

Tak hanya disitu, istilah perampas juga terus dimainkan menuduh Elfira merosakkan kebahagiaan hubungan cintanya sebelum ini. Saya yakin Sufian ada jawapan konkrit dan perlu jujur dengan hal sebenar.

Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimbangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini.

Ahmad Sabri menambah, dia rasa tawar hati sejak majlis pertunangan mereka berdua lagi:

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu.

Ahmad Sabri juga mendakwa tarikh pertunangan mereka juga sebenarnya dipercepatkan dari perancangan asal.

Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.

Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.

 

Malah, Elfira sebagai anak yang baik hanya mnegikut kata ibu bapanya:

Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah.

Untuk makluman, Elfira dan Sufian sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini setelah melangsungkan pertunangan Oktober lepas. – beautifulnara.com



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...