Banyak Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial, Lufya Omar Luah Pendapat Peribadi

Hiburan

Banyak Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial, Lufya Omar Luah Pendapat Peribadi

Pelakon Lufya Omar baru-baru ini tampil memberikan sedikit pandangan mengenai soal maruah dan aib setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga.

KM Liana
2 years ago

"Baru Bercerai Tak Ada Job.." Kak KM Balas Teguran, Lufya Omar Harap Allah Tegur

Advertisement

Tidak dinafikan, setiap pasangan pastinya mengharapkan mahligai cinta yang dibina terus kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.

Namun, andai takdir mengatakan jodoh itu tidak panjang, maka penceraian pastinya boleh berlaku buat pasangan suami isteri.

Sebagai wanita yang pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga, Lufya berkata setiap pasangan haruslah menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib teman hidup masing-masing.

Akuinya lagi, wanita lebih beremosi apabila ditimpa sesuatu masalah serta menghadapi  zaman media sosial yang semakin pantas berkembang pada kala ini, pastinya ada yang akan meluahkan perasaan sedih, kesakitan yang dialami di ruangan alam maya.

Ia sekaligus membuatkan seseorang itu telah membuka aib sendiri mahupun keluarga dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.

Nanti bila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tak dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri. Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang bila dia tidak puas hati dia terus tulis di media sosial. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai.

Dia berkata demikian ketika rakaman rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 pada hari Khamis yang lalu.

Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada 2016 namun bercerai pada Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lana Haura yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...