Bandingkan Azwan Ali Dengan Pengacara Masa Kini, Nad Zainal Hairan Banyak Hos Suka Merapu Dan Potong Cakap Tetamu

Hiburan

Bandingkan Azwan Ali Dengan Pengacara Masa Kini, Nad Zainal Hairan Banyak Hos Suka Merapu Dan Potong Cakap Tetamu

Pelakon Nad Zainal baru-baru ini telah melontarkan pendapat mengenai kemunculan semula Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ke dalam dunia pengacaraan sebagai sesuatu yang segar dan menganggap figura itu masih relevan dan terbaik dalam industri seni Malaysia.

Bukan sahaja rakan artis, malah netizen juga menyambut baik ‘come back’ Diva AA ke dalam dunia pengacaraan.

Advertisement

Menerusi Instagram Story, Nad Zainal memuji Diva AA dengan melabel dia antara hos TV terbaik dalam Malaysia dan menunjukkan tanda hormat kepadanya.

Pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu turut meninggalkan komen di Instagram Diva AA dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan pengacara zaman kini.

“Pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap..rindu pengacara dan program tahun 90an. Malah pembaca berita..semua nampak classy,”

Tidak dinafikan, gandingan Azwan dan Elly Mazlein sebagai pengacara program nyanyian Lagu Cinta Kita itu dipuji netizen kerana Diva AA dilihat bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengendali acara tanpa perlu mengundang sebarang kontroversi.

View this post on Instagram

A post shared by @divaazwanaavazzztersohor1

Namun begitu, menerusi Instagram miliknya, Azwan mengumumkan dia hanya mengendalikan program tersebut hanya untuk dua episod sahaja.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...