“Balik Kerja ‘On-Time’ Kena Kecam..” – Netizen Rancak Kongsi ‘Budaya Kerja’ Pejabat Yang Patut Dihapuskan

Kehidupan

“Balik Kerja ‘On-Time’ Kena Kecam..” – Netizen Rancak Kongsi ‘Budaya Kerja’ Pejabat Yang Patut Dihapuskan

Lumrah menjadi pekerja pastinya ingin memberikan yang terbaik untuk majikan dan juga institusi pekerjaan masing-masing.

Tambah-tambah buat mereka yang baru sahaja memulakan karier terutamanya ‘fresh graduate’.

Advertisement

Namun, seringkali kita ‘dimomokkan’ dengan budaya kerja yang kadang-kadang tu, menyusahkan serta memberi beban kepada seseorang yang bergelar pekerja.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna media sosial ini telah membuka topik mengenai budaya di tempat kerja yang patut ditukar atau dihapuskan.

Oleh itu, ramai yang tampil berkongsikan pendapat mengenai budaya atau ‘culture’ yang bagi kebanyakan netizen, tidak patut wujud kerana boleh menyebabkan keadaan tempat kerja menjadi toksik dan tidak ‘enjoy’.

Antara contoh perbuatan atau amalan yang patut diubah adalah seperti budaya balik kerja lewat dan melebihi masa, melawak lucah dalam kalangan rakan sekerja, menganggu cuti pekerja dan sebagainya.

TwitterSumber : Twitter  
TwitterSumber : Twitter  

Malah, ada yang meminta untuk dihapuskan amalan ‘update’ kerja di WhatsApp sebaliknya menggunakan e-mel kerana dirasakan lebih formal.

 

Membawang, mengumpat, mengata, mengutuk. Letih nak hadap orang macam ni. Siap ada group lagi.

Selain itu, ada juga netizen yang berstatus bujang berasa tidak puas hati kerana selalu saja dipaksa kerja lebih masa atau dinafikan hak untuk bercuti kerana dikatakan tidak mempunyai komitmen lain berbanding orang yang telah berkeluarga.

Korang ada pendapat mengenai budaya kerja toksik yang perlu dihapuskan di tempat kerja? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

Majikan tak terima MC
2 years ago

"Bersin, Batuk Depan Bos.." - Positif COVID Tapi Kena Masuk Kerja, Ramai Majikan Tak Terima HSO & RO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...