“Balik Kerja Buka Pintu Isteri Dah Keras” – Majikan Hanya Beri Cuti Paterniti 2 Hari, Isteri Meninggal Hari Keempat Berpantang

Kehidupan

“Balik Kerja Buka Pintu Isteri Dah Keras” – Majikan Hanya Beri Cuti Paterniti 2 Hari, Isteri Meninggal Hari Keempat Berpantang

Betapa peritnya perasaan seorang suami apabila pulang ke rumah dan mendapati isteri yang baru sahaja melahirkan anak mereka pergi buat selama-lamanya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Sabah dan bapa berkenaan, Exly Jailon telah berkongsi pengalaman pilunya agar dijadikan pengajaran.

Advertisement

Ceritanya, dia hanya diberikan cuti khas isteri bersalin atau paterniti selama dua hari oleh majikan selepas isterinya selamat bersalin pada 4 Mei lalu.

Malah, ketika membuat permohonan cuti itu Exly mendakwa majikannya telah berkata, “bagus lagi kalau kau turun kerja” seolah-olah mahu dia hadir bekerja seperti biasa.

Namun alangkah sedihnya Exly apabila dia pulang pada 9 Mei lalu dan mendapati isterinya kaku di samping anaknya berusia 4 hari yang sedang menangis kelaparan.

isteri meninggal

Hantaran Exly di Facebook meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa terkilan dengan keadaan yang menimpa dirinya.

Kamu boleh bayangkan balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa? Saya mati-mati bekerja dengan kamu. Gara-gara itulah saya balik kerja buka pintu nampak mendiang isteri sudah keras tidak bernyawa, kamu fahamkah perasaan saya?”

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa majikan tidak membayar gajinya sepanjang tempoh berkabung.

paterniti mesej

Dalam pada itu, Exly juga mempersoalkan mengapa cuti paterniti di negeri itu hanya dua hari sahaja berbanding dengan lelaki di Semenanjung yang diberikan selama 7 hari.

Rata-rata netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap majikan Exly dan meminta agar nama syarikat tersebut didedahkan untuk tujuan membuat laporan kepada pihak berwajib.

Ramai yang turut bersimpati dengan insiden menyedihkan dilaluinya dan sebak memikirkan anak Exly yang kehilangan ibu seawal usia 4 hari.

11 months ago

"Selamba Je Bersila, Dukung Anak" - Netizen Seriau Tengok Emma Maembong Macam Tak Berpantang Betul Betul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...