“Bakat Dan Populariti Perlu Seiring” – Zara Zya

Hiburan

“Bakat Dan Populariti Perlu Seiring” – Zara Zya

Pelakon Zara Zya tidak menafikan bahawa isu jumlah pengikut selebriti di media sosial yang menjadi ‘modal’ utama untuk melayakkan mereka ditawarkan peluang kerja bukan satu isu baharu terutama dalam bidang lakonan.

Zara Zya dan Azlee
3 years ago

Selepas Drama Berakhir, Hubungan Zara Zya Dan Azlee Khairi Kembali Renggang?

Advertisement

Zara Zya atau nama sebenar Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin berkata banyak pihak lebih melihat jumlah pengikut di media sosial berbanding bakat, ia umpama menjadi penanda aras untuk populariti seseorang.

Zara Zya

Pelakon drama Seadanya Aku itu berpendapat sekiranya seseorang pelakon itu popular di media sosial, ia memberi satu manfaat untuk diri mereka.

Ada banyak manfaat dan kelebihan sekiranya seseorang itu popular di media sosial dan ramai pengikut. Namun, kalau dia memiliki bakat yang besar, itu menjadi sesuatu yang lebih baik dan lebih berkualiti.

Zara, 35, berkata penonton sekarang sudah bijak memilih dan menilai sesuatu karya serta lakonan. Sekiranya seseorang pelakon itu hanya popular, namun bakatnya ‘sendu’ dan suam-suam kuku saja, penonton akan lari.

Zara yang sudah memulakan semula aktiviti penggambaran, meluahkan rasa syukur kerana kerja yang tertunda kini dapat diteruskan.

Sekarang, saya menyambung semula penggambaran drama bersiri Mr Bibik yang tertunda sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Walaupun jadual kerjanya padat, Zara tidak terlalu cerewet dalam memilih tawaran kerja. Pada masa sama, dia juga tidak ‘tangkap muat’ kerana ingin menjaga kualiti kerjanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...