December 12th, 2019

Selepas beberapa tahun hidup bersendirian, bergelar seorang ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bakal bertunang pada bulan ini.

elly mazlein tunang hadiahkan kondo

Menghitung hari untuk tarikh istimewa tersebut, Elly terharu apabila bakal suaminya menghadiahkan sebuah kondominium sebagai hadiah pertunangan mereka. Bukan itu sahaja, tunangnya yang dikenali sebagai Azlan turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.

Meskipun teruja menerima hadiah tersebut, Elly bagaimanapun berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendiami rumah tersebut.

View this post on Instagram

Napa papa #AwanNano buat kakak lina sedih ni??? Yg x menahan Abah pun bersuara?? . Klu nak tau apakah,Jommmm ke YouTube Channel #DuniaEllyMazlein skrg . Tngu tau ade byk kakak lina akn update di YouTube #DuniaEllyMazlein Channel πŸ’•πŸ’•πŸ’• . Pastikn anda terawal tau cerita kakak lina . Lpas da tgk jgn lupa subscribe ya .. tq ma love πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

A post shared by πŸ’‹SaraAzlanπŸ’‹ (@iamellymazlein) on

Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.

tunang hadiahkan kondo buat elly mazlein

Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.

Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat.

elly mazleinDalam pada itu, Elly berkata dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya menerusi menerusi saluran YouTube miliknya dalam masa terdekat. Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : White View Moment Photography


8 responses to “Bakal Suami Hadiahkan Kondominium Buat Elly Mazlein”

  1. Anonymous says:

    Alhamdulilah….semoga bahagia…i like…

  2. Siling Coin says:

    Rumah PPAM ke ni

  3. Lala says:

    Pekerja gomen ok.

  4. Anonymous says:

    kalau nikah terus kan bagus Kak Lina…cabaran dlm tempoh tunang ni sgt hebat…tapi apa2 pun kami doakan Kak Lina dan Sephia bahagia lepas ni ye…semoga bakal suami Kak Lina jaga Kak Lina dan Sephia baik2…

  5. ain says:

    happy for u kak lina pom pom. Moga berkekalan till jannah. Aamiin.

Loading...