Bakal Suami Hadiahkan Kondominium Buat Elly Mazlein

Hiburan

Bakal Suami Hadiahkan Kondominium Buat Elly Mazlein

Selepas beberapa tahun hidup bersendirian, bergelar seorang ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein bakal bertunang pada bulan ini.

elly mazlein tunang hadiahkan kondo

Advertisement

Menghitung hari untuk tarikh istimewa tersebut, Elly terharu apabila bakal suaminya menghadiahkan sebuah kondominium sebagai hadiah pertunangan mereka. Bukan itu sahaja, tunangnya yang dikenali sebagai Azlan turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.

Meskipun teruja menerima hadiah tersebut, Elly bagaimanapun berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendiami rumah tersebut.

Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.

tunang hadiahkan kondo buat elly mazlein

Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.

Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat.

elly mazleinDalam pada itu, Elly berkata dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya menerusi menerusi saluran YouTube miliknya dalam masa terdekat. Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : White View Moment Photography

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...