Bakal Lancar Lagu Baru: Netizen Kritik Aliff Syukri Tiada Bakat, Jangan Terlalu ‘Try Hard’ Menyanyi

Hiburan

Bakal Lancar Lagu Baru: Netizen Kritik Aliff Syukri Tiada Bakat, Jangan Terlalu ‘Try Hard’ Menyanyi

Pernah meluakan hasrat untuk mencuba nasib sebagai penyanyi di luar negara kerana orang Malaysia tidak menghargai bakatnya, impian Datuk Seri Aliff Syukri itu akhirnya tercapai apabila beliau dan Nur Sajat baru-baru ini berangkat ke Indonesia untuk menghasilkan lagu terbaru mereka.

Advertisement

Merasa seronok kerana bakal melancarkan lagu terbarunya tidak lama lagi, Aliff menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi video ketika sesi rakaman lagu tersebut diadakan.

Malangnya ia mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Mereka mengatakan suara Aliff sumbang dan tidak mempunyai bakat sebagai penyanyi.  Lebih baik untuk Aliff fokus kepada perniagaannya sahaja.

Terdahulu, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila muncul dengan lagu Abang Nak Tegur yang juga hasil duet bersama Nur Sajat. Muzik video tersebut mendapat rekod yang agak buruk kerana mempunyai jumlah ‘dislike’ yang banyak di YouTube.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...